Seorang sahabat telah kehilangan suami tercinta setelah berjuang melawan kanser sejak 2009. Anak - anak masih kecil. Anak sulung kami sebaya.
Walaupun berkenalan hanya melalui FB, kami akrab kerana kami sering bergurau melalui status FB sahabat baik yang sedang melawan kanser sejak 2007.
Oktober 2008 yang lalu, Yong tersayang pergi menemuiNya setelah berjuang melawan kanser paru-paru yang merebak ke saraf tunjang. Sebulan selepas arwah Mak meninggal dunia kerana jangkitan pada luka 'bedsore'.
Dua hari lagi genaplah 34 tahun arwah Apak meninggalkan kami sebelas beradik.
Terasa sangat kehilangan. Tengahari tadi balik ke rumah, peluk suami & anak-anak sekuatnya.
Sudilah kiranya sahabat-sahabat blogger sedekahkan al Fatihah buat arwah.
Terimalah kasihku.
8 comments:
Innalillah wainna ilaihiroji'un..
Al-Fatihah
Semoga roh mereka sejahtera di sana. Al Fatihah.
al fatihah..moga arwah tenang disana..
Alfatihah.
Moga tabah teruslah anak-anak yang ditinggalkan. Dan semoga dijanjikan syurga buat mereka yang telah pergi.
Al-Fatihah ... semakin berumur ni semakin banyak berita kematian yang kita terima.
Al fatihah...semoga dipermudahkan segala urusan disana...
AlFatihah..
syukran ya sahabat semua :)
alhamdulillah mendungnye dah kurang..
moge ade pelanginye nanti insya Allah!
Post a Comment