Sharing dari emel sempena nak Ramadhan al Mubarak ni :)
'Ini untuk berkongsi kisah
asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi
Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.
Diceritakan Pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa
satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih
lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk
rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha
Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan
diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh
Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni
membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup
dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.'