Syok jejumpe ni kome..
Ahad baru2 ni teman join di Musollah Ehsan milik Dato' LF.. boleh baca entrinye sini
Insya Allah puan Ayu pulak menyudikan rumahnye di... di.... ape ek yg sesuai Ayu?
Maklumat lanjut jemputan ni boleh le dijenguk kat rumah akak2 manja teman ni KakCikSeroja & KakAzieAzah
Moh le.. jangan sesegan!
Manusia ni kan.. jarang-jarang ade yang hidung cecah awan, ingat kat kaki yang jejak kat tanah. Tanah yang tampung semua-semua atas dunia ni. Gamaknye sedari awal dia tu di sini, keretanye dah memang sebesor lori! Tak muat nak lalu ruang yang hanya didiami sang kancil teman yang cinonet je tu. Kesian.. ruang yang tak cukup atau si dia tu kurang cerdik memandu lori bagaknye tu!
Maap ye sesi melepas geram isu setempat yang tidak perlu dipahami sangat.. :P
Seorang sahabat telah kehilangan suami tercinta setelah berjuang melawan kanser sejak 2009. Anak - anak masih kecil. Anak sulung kami sebaya.
Walaupun berkenalan hanya melalui FB, kami akrab kerana kami sering bergurau melalui status FB sahabat baik yang sedang melawan kanser sejak 2007.
Oktober 2008 yang lalu, Yong tersayang pergi menemuiNya setelah berjuang melawan kanser paru-paru yang merebak ke saraf tunjang. Sebulan selepas arwah Mak meninggal dunia kerana jangkitan pada luka 'bedsore'.
Dua hari lagi genaplah 34 tahun arwah Apak meninggalkan kami sebelas beradik.
Terasa sangat kehilangan. Tengahari tadi balik ke rumah, peluk suami & anak-anak sekuatnya.
Sudilah kiranya sahabat-sahabat blogger sedekahkan al Fatihah buat arwah. Terimalah kasihku.