Friday, June 28, 2013

Kisah dan asal usul kurma ajwa



Sharing dari emel sempena nak Ramadhan al Mubarak ni :)

'Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.

Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.'

3 comments:

mala said...

oh! baru tau pasai kita dok panggil kurma nabi ...

AzeedA said...

alhamdulillah sharing a success!
selamat menyambut Ramadhan ya puan mala :D

Kakcik said...

Terima kasih kerana berkongsi. :)